Aik.. Ulat Vuku ke Ulat Buku?
Mesti tertanya-tanya apa benda yang Zana merepek ini, kan?? Sebenarnya, Zana dapat idea tadi masa tengah menung sana-sini.. Kawan-kawan Zana selalu cakap yang Zana ni ulat buku.. Beza dengan satu kawan tu, cukuplah sekadar Zana namakan dia X kat sini. Nanti dia bawak geng datang rumah Zana, tak ke aniaya Zana.. Hehehe..
Beza dengan salah sorang kawan(boleh dikatakan kawan baiklah) namanya X ni, orang panggil dia ulat vuku? Apa mende ulat Vuku ni? Kalau ulat buku, maksudnya mestilah orang yang rajin membaca buku, asyik berkepit dengan buku, makwe dia buku, pakwe dia buku, semuanyalah buku, kan? Bangga betullah, orang kata kita ulat buku ni, kan? Aiseyman, perasanlah pulak. Hehehe..
Ulat Vuku ni pulak.. Jeng,jeng,jeng.. Maksudnya, ulat, tak kiralah jenama ulat apa pun, yang 'vogue'lah.. Bukan nak mengata, bukan nak merepek.. Tapi nilah spesies ulat yang paling bahaya.. Ulat Vuku okay lagi, tapi kalau ulat Vuku ni jenis menyerlahkan kegedikkanlah.. Sana gedik, sini gedik.. Macam dah terpeluk miang buluh. Setuju ke tak?? Nampaknya habislah frasa Bahasa Melayu ni, Zana hancur leburkan. Itu cuma pendapat Zana je, kalau tak setuju terpulanglah.. Silalah berikan komen tentang apa yang dibincangkan kat sini. Nak tau jugak apa pendapat korang tentang idea 'bernas' Zana ni.. Smile Always>_<..
Life Must Be Happy! Jangan Over Happy Nanti Orang Cakap Kita Gila! RuzanaRushahiri97
Thursday, June 6, 2013
Tuesday, June 4, 2013
Sempurna?
Semua orang nak jadi sempurna. Tapi realitinya, sempurna tu tak wujud pun sebenarnya. Hanya Allah yang sempurna. Sebab apa saya cakap macam tu?
Orang selalu cakap, " Eh, aku ni tak cantiklah.. Muka tak lawa, badan tak slim.." ada juga yang kata
" Kalau aku boleh putar kembali masa, aku nak jadi Erra Faziralah. Slim, lawa.."
Hakikatnya, sejarah memang tak boleh diubah. Kalau sejarah boleh diubah, habislah kita...
Pertama sekali, yang saya selalu semaikan dalam diri, kita kena menghargai hidup dan apa yang telah dikurniakan pada kita.
Semua yang Allah kurniakan pada kita adalah anugerah. Nikmat yang harus dihargai..
Oleh itu, hargailah apa yang kita ada sekarang sebab masa depan tak boleh diramal, sekejap saja anugerah itu akan ditarik.
Salam Perkenalan
Assalamualaikum...
Harap hari ni, semua orang sihat... Alhamdulillah, bangun pagi ni masih bernafas lagi. Alhamdulillah... Pagi ni boleh kenyang makan nasi goreng yang Mak buat.. Alhamdulillah...
Nama saya? Nama penuh Siti Ruzana Binti Rushahiri. Nama panggilan, biasanya kawan-kawan panggil Zana je. Sebenarnya ni, pengalaman pertama buat blog anjuran TM Pintar ini. Alhamdulillah, faham dah macam mana nak buat blog. Mudah saja sebenarnya. Seronok rupanya.. Kakak-kakak yang mengajar membina blog ini pun, semuanya ' sporting' belaka.
Orang selalu kata yang nak capai kejayaan itu susah. Betul ke? Memang susah kalau tak berikhtiar mencari jalan, berusaha bersungguh-sungguh sebab usaha itu tangga kejayaan. Betul tak?? Kalau tak setuju tak apa, Zana cuma menyuarakan pendapat. Tiada manusia yang dilahirkan bodoh, cuma yang membezakan kita rajin berusaha ataupun malas berusaha. Itu saja.. Kalau nak menyuarakan pendapat, sila komen ya!!

Subscribe to:
Comments (Atom)