Assalamualaikum...
Harap hari ni, semua orang sihat... Alhamdulillah, bangun pagi ni masih bernafas lagi. Alhamdulillah... Pagi ni boleh kenyang makan nasi goreng yang Mak buat.. Alhamdulillah...
Nama saya? Nama penuh Siti Ruzana Binti Rushahiri. Nama panggilan, biasanya kawan-kawan panggil Zana je. Sebenarnya ni, pengalaman pertama buat blog anjuran TM Pintar ini. Alhamdulillah, faham dah macam mana nak buat blog. Mudah saja sebenarnya. Seronok rupanya.. Kakak-kakak yang mengajar membina blog ini pun, semuanya ' sporting' belaka.
Orang selalu kata yang nak capai kejayaan itu susah. Betul ke? Memang susah kalau tak berikhtiar mencari jalan, berusaha bersungguh-sungguh sebab usaha itu tangga kejayaan. Betul tak?? Kalau tak setuju tak apa, Zana cuma menyuarakan pendapat. Tiada manusia yang dilahirkan bodoh, cuma yang membezakan kita rajin berusaha ataupun malas berusaha. Itu saja.. Kalau nak menyuarakan pendapat, sila komen ya!!
No comments:
Post a Comment